MENU

Alu-aluan Pengetua

 

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Terlebih dahulu saya mengucapkan tahniah dan terima kasih kerana mengunjungi laman web SMK Padang Tembak. Saya amat bersyukur ke hadrat Allah Subhanahuwata'ala kerana dengan izin-Nya, laman web sekolah diwujudkan kembali. Seiring dengan perkembangan dunia teknologi maklumat kini, harapan saya semua warga sekolah dan ibu bapa dapat melayari laman ini dan memanfaatkan kandungan yang terdapat di sini.

Melalui laman web ini, diharapkan Sekolah Menengah Kebangsaan Padang Tembak akan lebih dikenali dan dilawati untuk mendalami lagi budaya sekolah, sejarah, informasi terkini, keunikan dan informasi statistik berkaitan akademik, sahsiah pelajar dan aktiviti kokurikulum. Apa yang diharapkan ialah wadah pendidikan ini dapat diperkaya dari masa ke masa melalui perkongsian maklumat dan pengetahuan daripada semua pihak.

Bagi saya, laman web ini bukan sekadar paparan visual semata-mata, bahkan ia dapat membuka satu dimensi baru dalam budaya ilmu ke arah pendidikan bertaraf dunia yang menjadi matlamat Kementerian Pelajaran Malaysia.

Sekian, terima kasih.

 

Pengetua

SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur.

News

Hubungi Kami

  • SMK Padang Tembak
    Jalan Sultan Yahya Petra, 54100 Kuala Lumpur

    ( Formerly Jalan Semarak )
  • 03-26987535,
    (Fax: 03-26935421)

    koordinat:
    3°10'47.5"N 101°43'24.8"E
    3.179873, 101.723554

Photogallery